BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 24, 2009

...bELaiAn IbU...














Semasa kita berusia 1 tahun, ibu mnyuapkan makanan & memandikan kita...tetapi kita hanya membalasnya dgn menangis sepanjang malam.


3 tahun, ibu & menyuapkan kita dgn makanan yg lazat & berzat...namun kita membalas budinya dengan menumpahkannya ke atas lantai.

4 tahun, ibu membeli crayon untuk mengajar kita lukisan...tetapi kita membalasnya dgn menconteng dinding di rumah.

5 tahun, ibu membelikan kita baju raya yg baru...namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak.

7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah...tetapi kita menjerit dan berkata..."TAK NAK"...

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, dan ke rumah kawan...namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yg kurang sopan...tapi kita membalasnya dgn mengatakan "IBU NI TAKDE TASTE LAH"

16 tahun, ibu inginkan dakapan drpd kita setelah penat & baru balik dari kerja...namun kita membalasnya dgn mengunci diri kita di dalam bilik.

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yg cemerlang...tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dgn kawan-kawan.

19 tahun, ibu membelanjakan wang yg banyak untuk kita masuk universiti & mengangkat beg kita dgn penuh rasa kasih & sayang..namun, kita balasnya dgn menyalam ibi di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan.

21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita?...tapi kita membalasnya dgn mengatakan "BUKAN MACAM IBU!!"

25 tahun, kita berumahtangga & ibu menangis kegembiraan & berkata ibu sayang dan kasih kpd kamu...namun, kita membalasnya dgn berpindah dan berjauhan dgn ibu sejauh 300km.

27 tahun, ibu menelefon dan memberi kita nasihat tentang penjagaan bayi...tapi kita membalasnya dgn mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!!!"

40 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan kita...namun, kita balik melawatnya dan merungut tentang kesibukan kerja...dan segera balik ke kota.

1 hari, ibu meninggal dunia..........sempatkah kita membalas jasa ibu??
Berbaloikah jasa ibu ke atas kita??Sedangkan kita langsung tidak membalas budinya.........