BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 28, 2009

yAnG InDaH & mULiA tEnTaNg CACING

  • Dianggarkan terdapat lebih 2,700 jenis cacing di bumi ini, dgn pelbagai bentuk & warna. Ada yg berwarna pucat, merah kecoklatan, ungu, hijau (di Eropah & Amerika Utara) dan biru muda.
  • Haiwan berdarah sejuk ini boleh hidup di mana-mana sahaja asalkan tempay itu mempunyai tanah, makanan, oksigen, dan cuaca yg sesuai. Satu lg fakta menarik, terdapat lebih sejuta ekor cacing di dalam setengah hektar tanah
  • Cacing terpendek berukuran 2cm. Manakala cacing terpanjang, 7 meter yg dijumpai di Afrika Selatan.
  • Fitrah hidup sang cacing ialah menggali lubang di dalam tanah, kemudian mengangkut tanah itu ke permukaan. Tanah berlendir itu mempunyai nitrogen dan lain-lain mineral yg menjadi makanan tumbuh-tumbuhan.
  • 1 lagi jasa sang cacing ialah ia membantu kita mengatasi masalah sampah sarap kerana haiwan itu memakan kotoran, daun-daun kering. Malah najis haiwan dan manusia pun dibedalnya juga. Protozoa, bakteria dak kulat adalah sebahagian lagi makanan kegemaran cacing. Kotoran itu dihancurkan, kemudian dikeluarkan semula menjadi baja kompos organik.
  • Cacing mempunyai 1 otak, lima jantung dan bernafas melalui kulit. Ia boleh menggali lubang sedalam 5 meter.
  • Lebih 80% badan cacing mengandungi protein. Memakan cacing boleh merendahkan kolestrol dlm badan. Anda ingin cuba???
  • Charles Darwin menghabiskan masa selama 39 tahun mengkaji tentang cacing dan di akhir kajiannya beliau berkata, cacing merupakan haiwan yg paling penting di muka bumi ini.
  • Walaupun tidak mempunyai mata, cacing boleh 'merasai' cahaya. Tetapi, cacing tidak sukakan cahaya kerana cahaya akan mengeringkan kulitnya.

0 ulasan: